Adakah BITCOIN dikira sebagai Harta?

Selain wang dalam bank, pelaburan di unit trust, Amanah Saham Berhad (ASB), Tabung Haji, rumah dan kereta, BITCOIN kini juga hangat diperbincangkan dalam isu harta pusaka. Ramai yang tertanya-tanya sama ada BITCOIN diambil kira sebagai harta?

Seperti mata wang crytpo (CryptoCurrency) lain yang mempunya nilai sah, BITCOIN juga dikira sebagai harta dan akan menjadi pusaka selepas pemilik akaun meninggal dunia. Jadi, bagi mereka-mereka yang mempunyai akaun BITCOIN dan sebarang akaun CryptoCurrency, ambillah perhatian!

Soalannya, bagaimanakah cara untuk mengurus mata wang BITCOIN, memandangkan status BITCOIN yang tidak terikat dengan apa-apa identiti?


Apabila pemilik BITCOIN meninggal dunia, siapakah yang akan ambil alih akaun tersebut, padahal hanya pemilik sahaja yang memiliki ID, password dan Face ID. Sehingga ke hari ini (setakat posting ini dan pengetahuan saya), pengendali BITCOIN tidak (belum lagi) mengiktiraf apa-apa perintah mahkamah atau geran probet dan sebarang surat kuasa mentadbir yang dikeluarkan oleh mana-mana negara.

So, Apakah cara yang sesuai untuk wariskan BITCOIN?

Di sini, ingin saya cadangkan solutions:

  1. Pemilik BITCOIN disarankan untuk merekod ID dan Password (Kata Laluan) BITCOIN di tempat yang selamat dan sesuai.

2. Kemudian, nyatakan dengan jelas dalam dokumen wasiat bahawa siapakah yang akan “take over”, maksudnya sebut dengan jelas siapakah Wasi yang dilantik untuk mengendalikan akaun BITCOIN.

3. Wasi yang dilantik lah yang akan diberi akeses (ID dan password). Seelok-eloknya, Wasi yang dilantik tersebut ada sedikit sebanyak ilmu dalam mengendalikan akaun BITCOIN.

4. Untuk memudahkan kerja Wasi, lebih baik juga dinyatakan dengan jelas Digital Apps yang digunakan, setting akaun bank dan kata laluan yang dicipta khusus untuk akaun tersebut.

5. Wasi perlu senaraikan akaun BITCOIN dalam “ekshibit” permohonan geran probet.

Dengan adanya pesanan dan arahan yang jelas dalam dokumen wasiat, maka, lebih senang bagi waris-waris dan wasi dalam mengendalikan urusan pusaka yang berkaitan. Juga, ianya dapat menjimat masa, mengurangkan kos dan memudahkan semua pihak yang terlibat.

Para pewasiat juga diingatkan untuk buat pesanan untuk jelaskan hutang. Pewasiat juga boleh memberi arahan bahawa akaun bank atau akaun yang mana satu yang ingin digunakan untuk menjelaskan hutang. Pesanan yang teliti pasti dapat membantu Wasi dalam mempercepatkan urusan pusaka.

Sudahkah anda merancang Dokumen Wasiat anda? Untuk Contoh Penulisan Wasiat, klik SINI

Leave a Comment

Open chat
Hello there!
If you need my assistance, feel free to reach out to me.