Apakah Itu Wasiat ?

Wasiat adalah antara dokumen utama dalam perancangan harta pusaka Islam. Ramai yang tertanya-tanya “Apakah itu wasiat ?” “Apakah beza antara wasiat dan Faraid ?” dan “Apakah beza antara wasiat dan hibah ?”…

Dalam posting ini, akan kita bincangkan apakah itu wasiat melalui format soal jawab dengan berdasarkan soalan-soalan yang sering saya terima :

Apakah itu wasiat ?


1. Soalan : Apakah Itu Wasiat ?

Jawapan : Wasiat ialah iqrar seseorang yang dibuat sewaktu hidup ke atas hartanya untuk disempurnakan selepas kematiannya menurut Hukum Syarak.

2. Soalan : Harta apa yang boleh dimasukkan dalam wasiat ?

Jawapan : Segala harta berunsur halal yang dimiliki pewasiat boleh diwasiatkan. Untuk keterangkan lebih lanjut, harta terbahagi kepada 2 jenis, iaitu harta alih dan harta tidak alih. Antara harta-harta Harta Alih termasuklah Wang Tunai, Akaun Bank, Simpanan ASB, Simpanan Tabung Haji, Pelaburan Unit Trust, Stocks, Shares, Wang KWSP, Kereta, Motorsikal dan Barang Kemas. Manakala Harta Tidak Alih adalah seperti Rumah, Bangunan, dan tanah. Boleh buat rujukan Enakmen Wasiat Orang Islam untuk maklumat selanjutnya.

3. Soalan : Apakah Hukum Wasiat ?

Jawapan : Hukum wasiat adalah bergantung kepada keadaan-keadaan tertentu seperti berikut:

Wasiat adalah Wajib – sekiranya wujudnya tanggungjawab syarie yang perlu dilaksanakan seperti zakat, haji dan pemilik rasa bimbang harta berkenaan habis jika tidak diwasiatkan. Begitu juga, jika berkaitan dengan hutang dan wadiah sekiranya pemilik sebenar tidak dikenali oleh orang lain

Wasiat adalah Sunat sekiranya diwasiatkan untuk kaum kerabat yang memerlukan sedangkan mereka tidak berhak mendapat harta pusaka. Begitu juga diwasiatkan kepada orang miskin dan untuk tujuan kebajikan pada jalan Allah

Wasiat adalah Harus sekiranya berwasiat kepada sahabat handai atau orang kaya yang mana mereka bukan dari golongan yang berilmu dan beramal soleh

Wasiat adalah Makruh – sekiranya pewasiat seorang yang kurang berada dan mempunyai waris-waris yang ramai serta memerlukan harta

Wasiat adalah Haramsekiranya berwasiat kepada perkara yang haram

Soalan : Boleh tak diwasiatkan kepada waris ?

Jawapan : Ikutkan Jumhur ulama, dikatakan bahawa harta-harta tidak boleh diwasiatkan kepada waris kerana waris-waris sudah mempunyai pembahagian melalui faraid. Namun, harta-harta yang diwasiatkan kepada waris dapat dilaksanakan atas persetujuan di kalangan waris yang terlibat.

Ia sebagaimana yang dinyatakan dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Tidak harus wasiat kepada waris kecuali diizinkan oleh waris yang lain.” (Riwayat Abu Daud)

4. Soalan : Boleh tak Wasiat dibatalkan?

Jawapan : Wasiat boleh dipinda dan batalkan sewaktu pewasiat masih hidup. Apabila wasiat baru ditulis, wasiat yang dibuat sebelum itu akan dibatalkan secara automatik.

5. Adakah Wasiat Mulut Sah?

Jawapan : Wasiat mulut sah sekiranya disaksikan oleh saksi-saksi namun perlu disahkan oleh Mahkamah Syariah bagi menguatkuasakan wasiat tersebut.

6. Soalan : Bolehtak Wasiat-kan melebih 1/3 dari jumlah harta?

Jawapan : Wasiat yang melebihi 1/3 dari jumlah harta pewasiat adalah tidak sah kecuali waris-waris bersetuju dengan kadar yang lebih itu. Ini adalah berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Sa’ad Bin Abu Waqqas berkata: “Telah datang Rasulullah s.a.w untuk melihatku sedang aku berada di Makkah. Aku berkata, “Wahai Rasulullah, apakah aku harus mewasiatkan semua hartaku.” Baginda menjawab, “Tidak.” Aku berkata, “Sebahagiannya.” Baginda menjawab, “Tidak.” Aku berkata, “Sepertiga.” Baginda menjawab, “Ya, sepertiga.” Dan sepertiga itu banyak. Sesungguhnya apabila engkau meninggalkan ahli waris kaya itu lebih baik daripada engkau meninggalkan mereka miskin, meminta-minta kepada manusia dengan tangan mereka”  (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

7. Soalan : Lebih baik saya buat Wasiat atau HIBAH ?

Jawapan : Kedua-dua Wasiat dan Hibah adalah dokumen-dokumen utama dalam perancangan pusaka Islam. Kedua-dua dokumen wasiat dan Hibah mempunyai fungsi masing-masing, jadi, ia bergantung kepada kondisi dan keperluan setiap individu.

8. Soalan : Apa beza Wasiat dan HIBAH ?

Jawapan : Terdapat beberapa perbezaan ketara di antara wasiat dan hibah. Antaranya, dokumen wasiat hanya dapat dilaksanakan selepas pewasiat meninggal dunia, manakala dokumen Hibah boleh dilaksanakan semasa pemilik masih hidup. Fungsi dokumen wasiat juga untuk perlantikan pentadbir (wasi), perlantikan penjaga harta anak bawah umur, penjelasan hutang dan tinggalkan pesanan terakhir. Manakala Hibah adalah bertujuan mengagihkan harta spesifik kepada seseorang penerima dan harta yang dihibah-kan akan terkeluar dari kiraan hukum Faraid.

9. Soalan : Rumah dan kereta saya masih berhutang (on loan), boleh ke saya nak senaraikan dalam Wasiat ?

Jawapan: Boleh. Salah satu fungsi wasiat adalah untuk jelaskan hutang. Adalah tanggungjawab pentadbir (wasi) untuk bantu dalam menyelesaikan hutang pewasiat sebelum pengagihan pusaka.

10. Soalan : Boleh tak Wasiat dicabar?

Jawapan : Ya. Klausa yang menyatakan pembahagian boleh dicabar sekiranya wasiat itu mewasiatkan lebih dari 1/3 harta kepada waris yang bukan waris Faraid; dan tidak dipersetujui oleh waris-waris Faraid. Satu lagi senario di mana berkemungkinan wasiat boleh dicabar ialah sekiranya wasiat itu hanya secara lisan, ataupun tiada saksi, ataupun tandatangan dan cap jari yang kurang jelas, ataupun isi kandungan wasiat diragui seperti direka-reka oleh benefisiari.

Setelah anda fahami “Apakah itu Wasiat”, adakah anda bersedia untuk berwasiat ? Jalankan-lah tanggungjawab anda sebagai umat islam dan ayuh, tulislah wasiat anda hari ini, klick SINI untuk tulis wasiat anda!

take-action-600.png | AFSCME at Work
Tulislah wasiat anda hariini!

Leave a Comment

Open chat
Hello there!
If you need my assistance, feel free to reach out to me.