WASIAT MULUT

Ramai di kalangan orang Islam yang menggunakan kaedah wasiat mulut. Seringkali kita dengar komen daripada waris-waris bahawa “arwah ayah ada pesan bahawa rumah akan diberikan kepada adik”, “arwah pernah pesan bahawa semua harta pusaka ayah patut dibahagikan secara sama rata antara anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan” dan sebagainya.” Persoalannya – adakah wasiat mulut atau wasiat secara lisan ini sah selepas seseorang meinggal dunia?

Is It Time for a Divorce? - 5 Signs Your Marriage Is Over - Sports Beem

Wasiat Mulut atau Wasiat Lisan sering kali dipraktikkan di kalangan orang Islam

Untuk kita fahami sama ada Wasiat Mulut boleh dipakai, marilah kita fahami apa yang tertulis dalam Enakmen. Berdasarkan Enakmen Wasiat Orang Islam (Seksyen 3), wasiat boleh dibuat secara lisan, tulisan dan isyarat :

1) Sesuatu wasiat boleh dibuat dengan lisan dan, atau tulisan JIKA orang yang hendak membuat wasiat itu tidak dapat melakukan sedemikian, wasiatnya bolehlah dibuat dengan cara isyarat yang boleh difahami.

(2) Sesuatu wasiat lisan atau wasiat dengan isyarat hendaklah dibuat di hadapan sekurang-kurangnya dua orang saksi yang boleh diterima sebagai saksi menurut Hukum Syarak.

Apakah Hukum Wasiat Mulut?

Justeri tiu, ada yang tanya, adakah Wasiat Mulut (Wasiat Lisan) sah di sisi undang-undang? Berdasarkan Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999 (Enakmen 4), pembuktian wasiat pula dengan jelas mengatakan bahawa perlaksaan wasiat tertakluk kepada:

(1) tiada apa-apa tuntutan tentang keesahan sesuatu wasiat selepas matinya seseorang pewasiat boleh diterima oleh Mahkamah melainkan ianya disokong oleh dokumen-dokumen yang ditulis atau ditandatangani oleh pewasiat

(2) Jika terdapat halangan yang besar yang menghalang pengemukaan keterangan dokument yang disebut dalam subseksyen (1), wasiat itu bolehlah dibuktikan melalui keterangan oleh dua orang saksi.

Wasiat lisan hanya boleh dilaksanakan melalui persetujuan bersama waris-waris faraid atau setelah melalui proses pengesahan di Mahkamah Syariah, yang melibatkan syarat- syarat penting seperti bukti yang sah & saksi yang kukuh. Keputusan sama ada wasiat mulut itu sah atau tidak, adalah bergantung pada keputusan muktamad Mahkamah Syariah.

Antara Masalah-Masalah Mengendalikan Wasiat Mulut

Parents' Fights Have Ruined My Life | About Islam

Hubungan antara waris mungkin jadi tegang dengan menggunakan kaedah wasiat mulut

Antara risiko-risiko yang mungkin berlaku dengan kaedah Wasiat Mulut, selepas pewasiat meninggal dunia termasuklah :

  • Risiko pemalsuan dokumen wasiat oleh waris atau bukan waris faraid. Contohnya, waris-waris masing-masing mengeluarkan dokumen wasiat yang dianggap pesanan arwah
  • Kesukaran untuk menyediakan bukti & saksi yang kukuh bagi mengesahkan wasiat tersebut
  • Kemungkinan berlakunya pertikaian di kalangan waris faraid tentang kesahihan dokumen wasiat
  • Penerima yang tidak sah turut melibatkan diri dengan mengatakan bahawa ada pesanan oleh si mati

Apakah Risiko-Risiko Wasiat Mulut?

Baru-baru ini, terdapat siaran akhbar mengenai kisah besar di mana “Waris terkejut kerana tanah pusaka arwah menjadi hak milik orang lain” yang dikongsikan dalam akbar Utusan Malaysia dan Berita Perak

Kami hanya mengetahui perkara itu selepas berkunjung ke Pejabat Tanah untuk urusan harta pusaka. Terkejut apabila diberitahu oleh pihak berkenaan bahawa tanah pusaka kami telah dimiliki oleh orang lain dan pemilik utama sudah bertukar kepada pemilik baharu.” alangkah terkejut dan sedi waris-waris dalam perkara ini.

Dalam perkara ini, tanggungjawab siapa – adakah ianya tanggungjawab pemilik tanah? tanggungjawab waris-waris? tanggungjawab Pejabat Tanah ? Ataupun tanggungjawab penerima tanah tersebut ? Allahuallam. Sekiranya pemilik tanah tersebut sempat membuat perancangan pusaka dengan menggunakan dokumen rancang pusaka yang sah sewaktu hidup, sudah tentu risiko perkara sebegini dapat dikurangkan.

KESIMPULAN

Rancang pusaka adalah tanggungjawab setiap umat Islam. Tidak kira sama adam harta yang dimiliki banyak atau sedikit, tetapi dengan adanya perancangan pusaka melalui dokumen yang sah dapat mengurangkan beban waris-waris.

Untuk keterangan lanjut, silah klik SINI

Leave a Comment

Open chat
Hello there!
If you need my assistance, feel free to reach out to me.