Apa Perbezaan Antara Faraid dan Wasiat

Faraid kan dah ada, kenapa perlu buat wasiat pula? Apakah beza antara Faraid dan wasiat? Sering kita dapat soalan-soalan seperti ini. Secara umumnya, ramai umat Islam yang beranggapan bahawa sudah ada Faraid, tidak perlu buat wasiat.

Kekeliruan antara konsep Faraid dan Wasiat merupakan satu isu di kalangan orang islam. Sebenarnya, harus difahami bahawa Faraid hanya menetapkan nilai saham atau bahagian yang khusus untuk waris-waris tertentu bukannya menentukan bentuk pembahagian. Pembahagian yang dibuat sewajarnya perlu munasabah mengikut kesesuaian dan mestilah mendatangkan keuntungan dari segi ekonomi, meningkatkan kualiti hidup dan pembangunan ekonomi waris.


Apa itu Faraid?

Faraid merupakan ketetapan Allah s.w.t. berdasarkan ayat mawarith, iaitu ayat 11, 12 dan 176, surah Al-Nisa. Faraid adalah berdasarkan undang-undang Pusaka Islam, di mana satu sistem pusaka yang lengkap dan menyeluruh (syumul) dengan memberi jaminan terhadap ahli ahli waris yang berhak, kadar bahagian mereka dan ahli ahli waris yang tidak berhak terhadap harta pusaka. Juga perlu difaham bahawa Hukum Faraid adalah hukum yang digunakan sebagai “guideline” atau panduan untuk bahagian-bahagian setiap waris.

Apa it Wasiat?

man writing on paper

Wasiat adalah ikrar / pengakuan seseorang yang dibuat pada masa hayatnya ke atas hartanya. Wasiat digunakan bagi tujuan pengagihan harta dan kebajikan dibenarkan oleh Undang-undang Islam. Seperti yang diriwayatkan Abdullah Bin Umar: Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Tidak baik bagi seorang Muslim memiliki sesuatu yang ingin diwasiatkan bermalam dua malam, kecuali wasiatnya itu tertulis di sisinya.” – sumber : Sahih Al Bukhari (jilid IV m/s 1), maka, semua umat Islam digalakkan menulis Wasiat.


Dah ada Faraid, kenapa masih perlu buat Wasiat ?

Penting untuk semua umat Islam memahami bahawa : Hukum Faraid sendiri tidak akan bertindak secara automatik tanpa seseorang pentadbir yang menguruskan proses pencairan pusaka si mati. Jadi, Faraid dan Wasiat saling memerlukan di antara satu sama lain.

Lebih RM60 bilion harta orang Islam terbeku

“Lebih RM60 bilion harta orang Islam terbeku” – Haji Aziz Peru, CEO as-Salihin Trustee Berhad

Harta yang terbeku makin meningkat dari setahun ke setahun. Penting untuk semua umat Islam memahami bahawa : Hukum Faraid sendiri tidak akan bertindak secara automatik tanpa seseorang pentadbir yang menguruskan proses pencairan pusaka si mati. Jadi, Faraid dan Wasiat saling memerlukan di antara satu sama lain.

Sementara Faraid bermain peranan untuk menjaga hak waris, dokumen wasiat pula memberi hak dan ruang kepada pewasiat untuk melantik pentadbir dan mewariskan harta kepada orang-orang yang bukan waris. Wasiat juga merupakan instrumen perwarisan yang membolehkan pewasiat menjelaskan hutang, serta menjana pahala dengan memperuntukan harta untuk sedekah dan jariah.

Dalam perlaksanaan Wasiat, hukum Faraid berperanan memastikan pewasiat tidak menghalang ahli-ahli keluarga yang berhak menurut Al-Quran daripada menerima pusaka. Tidak seperti undang-undang sivil, pewasiat bebas untuk menghalang ahli keluarganya mewarisi hartanya di dalam Wasiat. Seorang Islam hanya boleh mewasiatkan satu pertiga (1/3) daripada hartanya kepada bukan waris. Sekiranya pewasiat ingin mewasiatkan harta kepada bukan waris melebihi 1/3 bahagian, maka pemberian tersebut perlu dipersetujui oleh semua waris.

Wasiat juga penting bagi …

Siapakah Pentadbir yang akan mengurus pusaka anda kelak?

Selain mewarisi harta kepada yang bukan waris, dokumen wasiat juga digunakan untuk melantik Wasi bagi mentadbir dan mengurus pusaka si mati, menjelas hutang, melantik Penjaga Harta bagi anak bawah umur dan pesanan terakhir. Antaranya, perlantikan pentadbir merupakan satu perkara yang penting kerana pewasiat berhak menentukan siapa yang boleh dipercayai dan diberi amanah untuk bertindak apabila pewasiat sudah tiada. Dengan adanya wasiat yang telah melantik pentadbir, ia boleh mengelakkan pertelingkahan antara waris.

Kesimpulan – Apa Perbezaan antara Faraid dan Wasiat?

Kesimpulannya, wasiat bukanlah sekadar dokumen pengagihan harta tetapi ia adalah dokumen penting yang digunakan untuk mempercepatkan dan memudahkan urusan pentadbiran dan pengagihan harta pusaka untuk manfaat keluarga yang telah ditinggalkan. Manakala, Faraid memastikan hak waris terjaga tetapi tidak bertindak secara automatik dalam hal pentadbiran secara fizikal.

Untuk maklumat selanjutnya, sila klik sini

Leave a Comment

Open chat
Hello there!
If you need my assistance, feel free to reach out to me.