HIBAH KEPADA ANAK BAWAH UMUR

Hibah (hadiah) dari sudut syarak ialah suatu akad pemberian yang dilafazkan oleh pemberi hibah semawa hidup. Cara pemberian secara hibah sesuai dan praktikal bagi mereka yang ingin menyerahkan aset kepada golongan bukan waris, khususnya atas aset yang diperlukan demi kehidupan seterusnya.

Secara lazimnya, isteri-isteri yang memiliki rumah (sama ada rumah atas Joint Name dengan suami ataupun atas nama isteri) ingin hibahkan rumah kepada anak mereka. Antara sebab-sebab utama isteri-isteri merancang sebegini adalah kerana mereke berpendapat bahawa keputusan mereka hibahkan rumah kepada anak dapat melindungi hak anak anak mereka dalam keadaan tiada ibu kelak. Mereka juga lebih yakin bahawa lebih terjamin dengan rumah mereka diberikan kepada anak anak dan bukan suami yang mungkin akan berkahwin lagi.

Apakah pendapat anda mengenai hibahkan rumah kepada anak bawah umur? Adakah anda lebih mempercayai anak-anak anda atau suami anda? Perkara ini sebenarnya bergantung kepada keadaan keluarga masing masing.

Adakah Anak Bawah Umur layak menerima rumah secara HIBAH?

Ya, anak di bawah umur (bawah 18 tahun) boleh menerima rumah yang dihibahkan dengan diwakili oleh Penjaga Harta Anak atau Pemegang Amanah.

Siapakah Penjaga Harta Anak Bawah Umur?

Berdasarkan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam:

Bapa adalah penjaga hakiki yang pertama dan utama bagi diri dan harta anak yang bawah umur (belum dewasa) dan apabila bapa telah mati, maka hak di sisi undang-undang bagi menjaga anaknya itu adalah turun kepada datuk lelaki di sebelah bapa (iaitu ayah kepada suami atau ayah mertua isteri). Jika datuk sudah meninggal, hak penjagaan berpindah kepada wasi yang dilantik oleh bapa kanak-kanak tadi.

Jadi turutan tanggungjawab pentadbir harta bagi anak bawah umur adalah seperti berikut;

  1. Bapa kandung
  2. Datuk sebelah bapa kandung
  3. Wasi dalam wasiat bapa kandung

Keluarga sebelah ibu memang tiada dalam turutan penjaga harta ini. Namun Mahkamah Syariah mempunyai kuasa untuk menentukan penjaga harta mengikut pertimbangan dan kebijaksanaan Mahkamah serta dokumen perancangan yang telah dibuat oleh si mati semasa hidupnya. 

Pemegang Amanah Sebagai Pilihan Rancang Pusaka

Antara pilihan yang bijak ialah perlantikan Pemegang Amanah individu atay Syarikat Amanah untuk menguruskan harta pusaka anda.

Antara Kelebihan melantik Syarikat Amanah sebagai Pemegang Amanah:

  • Syarikat Amanah adalah pakar dalam hal pengurusan pusaka sepenuh masa (full time) berbanding pemegang amanah individu yang sibuk dengan kerja hakiki.
  • Syarikat Amanah tidak akan “mati” dan akan terus beroperasi; di mana perkhidmatan dan servis syarikat amanah akan berkekalan dan tersedia bila bila selepas kematian pewasiat. Berbanding Pemegang Amanah Individu yang mungkin akan meninggal dunia dan jatuh sakit sebelum pewasiat meninggal dunia.
  • Syarikat Amanah berperanan neutral yang tidak memihak mana-mana waris. Juga, Syarikat Amanah tidak ada bahagian untuk diwarisi dan maka, ia tidak mempunya “conflict of interests” dalam urusan pusaka tersebut.

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai cara hibah kepada anak bawah umur, boleh hubungi sini

Leave a Comment

Open chat
Hello there!
If you need my assistance, feel free to reach out to me.