Hijrah Kerja

Tukar Kerjaya, Bukan Tukar Kerja

Setiap Awal Muharram, Maal Hijrah… saya suka tanya diri dan buat reflection – “apakah antara hijrah / perubahan yang lebih baik telah diri saya lakukan ?” Bagi saya, hidup kita di dunia ini singkat sahaja dan Allahuallam, kita tidak tahu bila masanya akan kita dijemput Illahi… jadi, perubahan dan peningkatan amatlah penting bagi setiap kita.

Sebelum saya berhijrah ke kerjaya sebagai Perancang Harta Pusaka, saya berkerja di hotel, berkerja di syarikat MLM dan saya tidak pernah sangka bahawa saya akan tukar kerjaya. Disebabkan pengalaman dan ilmu saya sejak graduate dari koleh dan universiti, hanya terhad dalam industri penghotelan dan juga MLM, saya takut untuk “move on” ke mana mana bidang yang lain. Lagipun, saya rasa lebih selesa dalam “environment” (suasana) yang telahpun saya familiar (serasi). Sepanjang 18 tahun berkerja di bidang hotel dan MLM banyak memberi “Exposure” dan pengalaman. Gaji saya ketika itu telahpun mencecah 5 angka dan saya rasa selesa berada dalam “Comfort Zone” saya.

Namun, saya sentiasa berdoa pada Allah SWT untuk dekatkan saya dengan kerja yang lebih pada agama Islam dan “dekatilah diriku dengan Islam, jadikanlah aku seorang Muslim yang lebih baik” itulah doa saya …

Pada awal tahun 2019, datanglah peluang di mana saya dijemput untuk berkolaborasi dengan sebuah agensi kewangan yang telahpun 30 tahun bertapak di Malaysia dan agensi ini diketuai oleh seorang ketua wanita yang telahpun berkecimpung dalam bidang Financial selama 30 tahun. Beliau adalah seorang yang sangat berwawasan, berkaliber dan amanah dalam mengendalikan kerja dan kewangan client. Cadangan yang diberikan kepada saya ialah menyertai agensi tersebut dan saya diberi peluang untuk mengetuai department Kewangan Islamic. Apabila tawaran diberikan, saya rasa sangat terharu kerana saya percaya bahawa itulah yang Allah aturkan dan tunaikan doaku. Walaupun saya rasa takut “what if saya tak boleh handle, sebab bidang yang saya tahu hanya terhad pada hotel dan MLM”. Namun, saya percaya bahawa ini satu peluang yang sangat special dan ianya adalah turan Allah SWT. Justeru itu, saya menerima tawaran tersebut dengan hati terbuka. Tahun pertama saya digunakan untuk menghadiri kursus-kursus untuk belajar dan melayakkan diri saya dalam bidang Kewangan Islamic. Alhamdulillah.

Dalam daripada proses hijrah kerjaya ini, banyak saya belajar mengenai Maqasid Syariah, tuntutan, ajaran urus kewangan, aset dari perspektif Islam, perbezaan konsept kewangan bagi Muslim dan Non Muslim dan sebagainya. Dan saya nekad untuk menggunakan ilmu yang telah berikan kepada saya ini, untuk berkongsi dengan lebih ramai umat islam, terutamanya golongan mualaf seperti saya.

Kini, masa saya lebih pada “sharing knowledge” (perkongsian ilmu) dan hadiri kursus untuk terus belajar, hadiri ceramah, kerja kerja dakwah dan memberi “coaching” dan bimbingan kepada ‘mentee/ interns’ team dalam agensi saya sendiri. Alhamdulillah. saya sangat bersyukur dengan penghijrahan kerjaya saya ini. Minta doakan semoga saya terus istiqomah dan mempertingkatkan ilmu dan prestasi kerjaya saya.

Antara program perkongsian online bersama Ustadz Ridhuan Tan yang berjudul ” Faraid dah ada. Perlu ke buat wasiat?”

Antara program bersama PERKIM Kebangsaan, anjuran Dr Ann Wan Seng.

Sempena Awal Muharram 1446H / 2024 ini, saya ingin ucapkan terima kasih dan kesyukuran, alhamdulillah dengan izin Allah SWT, inisiatif hijrah kerjaya saya 5 tahun sebelum ini telahpun memberi banyak pengajaran dan kesedaran kepada diri saya dalam perjalanan menuju belajar menjadi seorang Muslim yang lebih bertaqwa, insya allah.

Jika anda berada di “career junction” dan sedang explore kerjaya yang lebih bermakna, boleh lah hubungi saya. Jom explore!

#hijrah #ElaineAisyah

Leave a Comment

Open chat
Hello there!
If you need my assistance, feel free to reach out to me.